Sunday, May 29, 2005

Kisah anak kecil dan seketul batu...

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

"Apa ni? Siapa awak? dan apa ke jadahnya awak berada disini? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf;

"Saya meminta maaf Pak cik, saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pak cik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih, Pak cik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Saturday, May 28, 2005

Kisah Orang yang Bakhil

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan ditanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpi berjumpa ibuku didalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat diitangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah sedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan didunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya.

Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Insyaallah...

Friday, May 27, 2005

IMAM SYAFI’E DENGAN PENDEBAT

Pada suatu hari, seorang lelaki pendebat datang bertemu Imam Syafie lalu tertanya, “Mengapakah Iblis diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?” Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian Imam Shafie mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya kepada lelaki itu. Lalu, ternampak tanda-tanda kesakitan dan marah pada air muka lelaki itu. Apabila melihat keadaan sedemikian, mam Syafie bertanya kepada lelaki itu, “Adakah kamu sakit?” Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.” Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.” Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie; Begitulah jua keadaan Iblis : dia diciptakan Allah daripada api dan dia juga akan diseksa dengan api.

Thursday, May 26, 2005

KATA HIKMAH IMAM SYAFIE

Keutamaan ilmu
“Jika aku melihat ahli hadis, terbayang olehku sahabat- sahabat Rasulullah. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikkan mereka, sebab mereka telah melestari iaitu mengekalkan sesuatu yang asli. Selain itu, mereka memiliki kelebihan di atas kita.

“Semua ilmu, kecuali al- Quran, hadis dan fikah menyibukkan orang. Ilmu yang benar adalah yang jelas rawinya. Sebab, kalau tidak ilmu itu datangnya daripada syaitan.

“Kegilaanmu itu gila dan tidak ada doktor yang mampu mengubati kegilaan itu. Diri yang tidak kau rendahkan itu tidak akan mulia.”

Cita- cita yang agung
“Aku dengar Al- Fadhl Nashr bin Abu Nashr Al- Thusi mengatakan dia pernah mendengar Abu Al Hassan Ali bin Ahmad Al- Qashr berkata: “Sebahagian guru kami pernah menceritakan perjalanan mereka ke kota Samarra’ bersama Imam Syafie memasuki kota itu sambil membawa beberapa pakain compang - camping dan pada waktu itu juga rambut Imam Syafie kelihatan tidak rapi.

“Imam lalu menuju ke tempat gunting rambut, namun ditolak oleh si tukang gunting kerana beliau kelihatan kotor. Suasana seperti itu cukup menyusahkan Imam yang akhirnya memnggil salah seorang anak muda yang ikut dalam perjalanan itu seraya berkata: “Engkau ada wang?”.

Anak itu mejawab: “Sepuluh dinar”. Imam berkata lagi: “Bayar wang itu kepada si tukang gunting ini”. Dan anak itu menyerahkannya.

Selepas itu imam Syafie berkata: “Hujani aku dengan permata setompok gunung dan banjiri aku dengan gumpalan emas. Jika aku hidup, aku masiih boleh makan dan jika aku mati, maka kuburan tetap menantiku”.

“Keinginan raja dan diriku adalah keinginan orang merdeka yang tidak ingin dihinakan. Jika selama hidupnya aku sudah puas dengan makananku, rasanya tidak perlu aku mrenziarahi Zayd dan Amr”.

Jiwa yang kerdil
Diriwayatkan oleh Abdullah Al- Asbahani daripada Abu Nashr; daripada Abu Abdullah yang mengatakan bahawa dia pernah mendengar Imam Syafie berkata:

“Bertambahnya wang dapat membuatkan orang yang sebelumnya membisu menjadi banyak bicara. Hati mereka tidak pernah mengenali kelebihan orang lain dan tidak tahu pula kemuliaan mereka sendiri.”

Buruk sangka“Prasangka selalu buruk dan prasangka buruk itu sumber fitnah. Ketika seseorang melemparkan tuduhan dalam keadaan lapar, ia hanya mengungkapkan prasangka baik dan ucapan yang enak didengar.”

Wednesday, May 25, 2005

Peringatan Jibrail Mengenai Neraka Jahannam

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu besar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hi tam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian nya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda (iaitu yang lebih bawah lebih panas)."

Tanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang Nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku
yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat kemudian kembali d an tidak berbicara dengan orang dan bila solat selalu menangis dan minta kepada Allah.

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

01. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
02. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
03. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
04. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
05. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
06. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
07. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
08. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
09. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Nastaghfirullah

Tuesday, May 24, 2005

Manusia Hari Ini Suka Berprasangka

Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas
Orang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka memakai susuk
Orang tampak ceria disangka ada membela...

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah swt,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
Kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan API...
Satu benda yang kita lihat,
Macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat
Semuanya bergantung bagaimana kita mentafsirkannya.

Monday, May 23, 2005

Orang kata...

Orang kata
Jauhkan anak kecil semasa solat
Supaya anak kecil tidak mengganggu

Orang kata
Jangan biarkan anak kecil bermain dekat kita semasa solat
Supaya solat jadi kusyuk

Orang kata
Tutup pintu bilik semasa solat
Supaya anak kecil tak menghampiri

Sebaliknya...

Ada orang..
Membawa anak kecil bersama semasa solat
Supaya anak itu mengenal syariat agamanya

Ada orang..
Membiarkan anak kecil bermain disamping semasa solat
Supaya anak itu biasa dengan amalan agamanya

Kerana....
Rasulullah membiarkan cucuanda baginda memanjat baginda semasa solat
Untuk menunjukkan betapa ibadah Islam itu dipenuhi dengan kasih sayang
Dan untuk menyemai syariat Islam itu semasa dari kecil lagi....

APA KATA ANDA!!!!!........

Sunday, May 22, 2005

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1.Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2.Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4.Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5.Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6.Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7.Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8.Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9.Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10.Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11.Apabila arak menjadi minuman biasa.
12.Apabila lelaki memakai sutera.
13.Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. - ni dah biasa berlaku
14.Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15.Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu.

Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.”

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Saturday, May 21, 2005

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?". "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh". Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya". Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah". katanya sambil terisak-isak.

Friday, May 20, 2005

punca utama yang menghilangkan bahagia di hati.

Sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati adalah punca utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak selalu rugi,cam anjing ngan bayang-banayng

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada(harta,ilmu amal dll)

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .
Nota: ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Thursday, May 19, 2005

10 Wasiat Hassan Al-Bana

1. Jika anda mendengar azan segeralah lakukan solat walau bagaimanapun kesibukan anda.

2. Bacalah Al-Qur'an lakukanlah pengkajian, dengarlah pengajian dan berdzikirlah. Jangan sia-siakan waktu anda untuk persoalan yang tidak berguna.

3. Berusahalah membiasakan berbicara dengan bahasa Arab standard kerana bahasa Arab standard merupakan salah satu syi'ar Islam.

4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam semua urusan walau bagaimanapun keadaannya, sebab pertengkaran tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa, kerana orang yang selalu berhubungan dengan Allah bersifat tenang dan serius.

6. Jangan banyak bergurau, sebab ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.

7. Jangan bersuara keras melebihi yang diperlukan pendengar kerana hal itu selain menyakitkan juga termasuk perbuatan bodoh.

8. Jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan lembaga-lembaga Islam dan jangan berbicara kecuali dalam kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan saudara dan teman-teman yang anda jumpai meskipun anda tidak diminta memperkenalkan diri sebab dasar dakwah kita adalah kasih sayang dan persaudaran.

10. Kewajiban itu lebih banyak dari waktu yang anda miliki, maka bantulah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau anda berurusan persingkatlah pelaksanaannya.